Perempuan: Jgn terpedaya lelaki mulut manis



Seperti yang kita tau, kebanyakkan lelaki adalah yang jenis bermulut manis kan(terutamanya yg ada tahi lalat kt mulut...hehehe~x semua kan). Ibarat menanam tebu di tepi bibir. Maaf jika ada yg terasa.



Susah sebenarnya kita nak kenalpasti lelaki jenis macam ni. Kan best kalau ada mesin yang boleh scan dorang.Jadi kita org perempuan kena berwaspada.



Jangan mudah percaya pada lelaki biarpun dia dah bawa korang jumpa keluarga dia. Tak kisahlah mak dia ke ayah dia ke. Korang jangan terus set dekat minda


"Eh, dia dah bawa aku jumpa family dia. Mesti comfirm aku jadi bini dia ni. Mustahillah dia akan tinggalkan aku sebab family dia pun dah kenal aku."

Bawa jumpa family tak bermaksud korang dah ada tiket nak jadi bini dia okey! Kalau betul si dia bawa korang jumpa family dia, anggap aje yang korang datang ziarah rumah seorang kawan supaya perasaan "PERASAN/SYOK SENDIRI" korang tak ada.


Yang ni berkaitan duit. Mentang-mentanglah si dia sanggup menghabiskan duit beratus untuk korang terus korang nak bg pegang2 plak. Duit boleh di carilah. Harga diri yang tak de jual okey.


Yang ni selalu terjadi. Jangan terus percaya bila lelaki kata


"I janji akan kahwin dengan you. Percayalah I."

Itu cuma kata-kata. Korang jangan yakin sangat.


Sama-samalah kita berwaspada. Kalau betul dorang serius dengan kita, sila pastikan dtg meminang . Ingat, jangan sampai terlepas di mulut buaya.

ADA SAPA2 YANG DAH PENAH JD MANGSA?


Designed By Asal Pelik