Wanita suka diseksa

Wanita suka diseksa



“Walau dikeji, tak dipeduli dan ditinggalkan, namun cinta ku tetap kepadanya. Aku akan tetap mengagungkan kesetiaan ku kepadanya sampai bila-bila…”

Ungkapan sebegini, berjuta kali kita mendengarnya, malah mungkin juga kita sendiri pernah memperkatakannya. Apabila bercakap tentang kesetiaan…seolah-olah ada satu suara halus dari dalam diri kita yang berbisik. “Kau kena setia, kalau kau tak setia…nanti dia juga sama.”

Betapa jujur dan ikhlasnya, hati nurani anda yang berkata-kata.
Dalam persoalan ini, tiada siapa yang boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri anda sendirilah. Kerana, walau berbuih mulut “Abang Cinta” menasihat dan memberi pendapat…jawapan mereka yang diseksa separa sedar ini, pasti sama :-

  • Saya sanggup tunggu dia sampai bila-bila bro
  • Sudah 4 bulan, dia hanya senyap…tapi saya akan tetap setia menanti
  • 10 tahun saya cintakan dia, setia kepadanya, tak mungkin saya buka hati pada yang lain bro.
  • Biarlah, dia nak buat kat saya cam ni. Tapi saya akan tetap sayang kat dia.
Apabila bro cuba memberi contoh-contoh lelaki yang curang atau sudah memiliki yang lain, atau pun sebenarnya sudah tidak mempunyai perasaan kepadanya… Si gadis pula yang bersungguh memberi alasan untuk lelakinya yang sudah hilang entah kemana :-
  • Tak bro…dia tak macam tu…dia baik
  • Eh bro…saya tak percayalah apa yang bro kata…dia setia kat saya selama ni
  • Selama ni dia selalu call saya bro walau sibuk kerja, walau tak ada line handphone. Dia pasti cari jalan untuk menghubungi saya. Ini mungkin dia penat…
  • Saya yang silap kan bro…bukan dia, dia selalu baik terhadap saya
…dan berbagai-bagai alasan lagi KHAS diberikan kepada bro demi dia yang dicintai. Sedangkan, si dia sudah lama dan jauh pergi menghilang diri entah kemana. Mungkin sudah bercinta dengan yang lain, mungkin sudah kahwin.

Tapi, wanita-wanita ini TETAP dengan kepercayaan mereka yang mereka masih mempunyai harapan untuk terus bercinta dan bahagia bersama lelaki itu. Namun di akhir perbualan, selalu wanita itu akan berkata, “Kalaulah bro tahu dan rasa bagaimana terseksanya jiwa, batin saya…”

So, jelaslah… "WANITA SUKA DISEKSA!" Namun mungkin hanya diwaktu mereka masih buta dalam bercinta. Yang pasti, TIADA WANITA YANG SUKA DISEKSA...tetapi ramai yang membiarkan penyeksaan itu berlaku... seolah-olah suka diseksa!

Tapi takkan nak buta cinta sampai berbulan-bulan. Ada pula yang bertahun-tahun. Anda tak rasa pelik ke??…wanita ini tahu yang hidup mereka terseksa, wanita ini sedar yang mereka telah ditinggalkan…tapi mengapa masih mahu menunggu? Mengapa masih mahu setia?…



 
Pendapat Brother Love :

Mendapat Closure, atau kepastian, penerangan, mengapa dan mengapa dan mengapa semua ini boleh terjadi, MUNGKIN akan memberi kepuasan kepada kita yang menagih cinta. Kerana setiap manusia perlukan JAWAPAN.

Namun, hidup ini sudah terlalu sukar untuk dimengertikan, jadi mengapa kita harus manambahkan kesukaran itu lagi? Sebenarnya, setiap apa yang terjadi, itu adalah jawapannya. Tetapi kita masih berdegil ingin jawapan dan kepastian dari mulut si empunya diri juga. Yang pasti, jawapan darinya adalah jawapan yang sebenar-benarnya kita sudah mengagak!

  • Bila sudah berhari-hari tak call : Jawapannya - Sudah ada orang lain la tu
  • Bila bercakap kasar : Jawapannya - Sudah bosan dengan perhubungan kita la tu
  • Bila selalu keluar tanpa kita : Jawapannya - Mulai nak cari yang lain la tu
  • Sudah tidak mesra : Jawapannya - Sudah tiada cinta dan sayang lagi
  • Menghilang diri : Jawapannya - Sengaja melarikan diri dari kita
Semua jawapan-jawapan ini anda sudah tahu, tapi mengapa masih mahu menyeksakan diri anda dengan terus mengharap? terus setia kepadanya? Kerana anda suka diseksa??
Bro minta anda cari aje pasangan yang baru, atau pun kawan baru, kehidupan baru, teman baru, perhubungan baru, buka lembaran baru, 


 “Berhenti menyeksa diri anda sendiri beb, MOVE ON!!!”


Designed By Asal Pelik