21 warga tempatan, asing ditahan

21 warga tempatan, asing ditahan


KUALA LUMPUR - Polis menahan 21 wanita warga tempatan dan asing, dipercayai melakukan kegiat an pelacuran, semasa menyerbu sebuah pusat urut dan spa di Cheras, awal pagi semalam.

Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, seramai lapan wanita warga Thailand, dua warga Vietnam, dua warga China dan selebihnya warga tempatan, ditahan dalam serbuan pada jam 10.30 malam itu.

“Kesemua ditahan berusia dalam lingkungan 21 dan 38 tahun, mereka disyaki menyalahgunakan pas lawatan dan tiada permit kerja sebagai tukang urut,” katanya.

Beliau berkata, polis mempercayai premis itu turut menjalankan aktiviti pelacuran, setelah pihaknya menemui dua tin biskut yang berisi kondom yang belum dipakai dan ia disorokkan di dapur premis berkenaan.

“Premis itu pernah diserbu sebelum ini, difahamkan lesennya juga telah tamat tempoh dan dalam proses untuk diperbaharui,” katanya.


Designed By Asal Pelik