APPLE kembali atasi SAMSUNG



BANGKOK 27 Jan. – Apple Inc. (Apple) telah berjaya merampas semula kedudukan sebagai peneraju pasaran telefon pintar daripada Samsung Electronics Co. (Samsung), demikian menurut kajian sebuah firma baru-baru ini.

Kejayaan itu adalah hasil pengenalan model terbaharunya iaitu iPhone 4S yang melonjakkan jualan telefon pintarnya kepada 37 juta buah pada suku keempat tahun lalu.
Samsung yang tidak mengeluarkan jumlah jualan telefon pintarnya, melaporkan kejatuhan sebanyak 30 peratus pada suku berkenaan berbanding suku sama tahun lalu.

Strategy Analytics Inc. mendakwa jualan telefon pintar syarikat Korea berkenaan adalah 36.5 juta buah.
Berdasarkan rekod itu Apple mengusai 23.9 peratus pasaran telefon pintar dunia dan berjaya memintas Samsung yang menguasai 23.5 peratus pada suku keempat tahun lalu.

Bagaimanapun Samsung yang menguasai jualan pada suku ketiga, kekal sebagai peneraju untuk keseluruhan tahun 2011 dengan jangkaan jualan 97.4 juta buah manakala Apple hanya 93 juta buah.
Sementara itu, Nokia Corp. (Nokia) menduduki tempat ketiga dengan jualan 19.6 juta buah pada suku keempat dan 77.3 juta buah pada keseluruhan tahun lalu.

Pasaran telefon pintar dunia secara keseluruhannya pada suku keempat meningkat 55 peratus manakala bagi keseluruhan tahun meningkat 11 peratus kepada 488.5 juta.


Designed By Asal Pelik