Azalina mengaku terima RM300,000



Bekas Menteri Pelancongan dan Menteri Belia dan Sukan dari UMNO, Azalina Othman hari ini mengaku bahawa beliau telah menerima RM300,000 dari Ahli Perniagaan Johor, Yahya Abdul Jalil.


Bagaimanapun beliau menafikan RM300,000 itu adalah rasuah.

Menurut Pegawai Medianya Zulkifli Mat Rawi, cek bernilai RM300,000 yang diterima dari Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd dan Pengarah Urusan Gerbang Perdana itu adalah hasi jualan sebuah kereta klasik milik Azalina.

Tambah Zulkifli lagi “Dua tahun lalu ketika Azalina masih merupakan seorang Menteri Kabinet, beliau telah membeli sebuah kereta klasik iaitu Mercedes Benz 280SL (1969), Itu adalah hobinya. Kemudian apabila beliau menyedari bahawa untuk menyelenggara kenderaan sedemikian ianya memerlukan belanja yang tinggi dia telah menghentikan hobinya itu lalu mengiklankan kereta tersebut untuk dijual kepada pembeli yang berpotensi. Bulan March tahun lalu, Yahya telah menghubungi Azalina dan kereta tersebut telah dijual kepada Yahya”.

Zulkifli bercakap bagi pihak Azalina yang merupakan Ahli Parlimen P157 Pengerang, Johor, Malaysia. Beliau pernah menjadi Menteri Pelancongan dari March 2008 hingga April 2009 dan Menteri Belia dan Sukan pula dari March 2004 hingga March 2008.



Mercedes Benz 280SL (1969)

Hmmm.. Pemimpin UMNO beli kereta RM300,000 hanya kerana HOBI, kita rakyat marhaen pula beli kereta kerana ianya keperluan..


Designed By Asal Pelik