Badan kereta Mercedes Travolta dileraikan pencuri



ANTARA barang-barang kereta Mercedes milik John Travolta yang dileraikan pencuri.


LOS ANGELES - Seorang lelaki yang mencuri kereta vintaj Mercedes Benz 1970 milik aktor terkenal, John Travolta telah dihukum penjara selama 16 bulan dan diarah membayar sebanyak AS$50,000 (RM151,950.00) sebagai bayaran pengembalian semula benda yang dicuri, menurut satu laporan mahkamah yang diperoleh kelmarin.

Lelaki itu, D L Rayford Jr. dihukum penjara 16 bulan selepas dia tidak membuat pengakuan dalam kes kecurian kereta berkenaan pada 5 Januari lalu, hampir tiga minggu sebelum pihak berkuasa mengumumkan penangkapannya.

Dia dan seorang lagi lelaki, Michael T. Green ditangkap pada bulan lalu kerana disyaki mengambil kereta tersebut dan masing-masing didakwa melakukan kecurian kenderaan.
Namun, Green tidak mengaku bersalah berhubung dua dakwaan melakukan kecurian kenderaan.
Travolta meletakkan kenderaan itu di sebatang jalan raya di kawasan perumahan di Santa Monica selama 10 minit pada September tahun lalu semasa ia dicuri.

Pelakon itu membawa kunci kereta tersebut semasa dia berjalan ke sebuah ruang pameran kereta Jaguar yang terletak berdekatan.
Namun, seorang pegawai polis Santa Monica, Sarjan Richard Lewid menyatakan, badan kereta Travolta itu sudah dileraikan semasa ia ditemui.

Antara bahagian yang dileraikan tetapi ditemui itu ialah kerusi dan meter laju. - Agensi


Designed By Asal Pelik