Calvary Convention Centre, Gereja Terbesar Di Asia Dan Malaysia

Calvary Convention Centre, Gereja Terbesar Di Asia Dan Malaysia

KUALA LUMPUR – Sebuah bangunan yang hampir siap dibina antara Bukit Jalil Golf dan Country Club merupakan sebuah gereja yang terbesar di Malaysia dan di Asia.

Gereja terbesar itu diberi nama Calvary Convention Centre (CCC) yang mana menelan kos pembinaan hampir RM100 juta dan kos tanah sebanyak RM35 juta.
Malah, fakta tentang gereja yang dibina setinggi enam tingkat itu juga boleh memuatkan hampir 5000 orang dalam satu-satu masa.

Menurut penerangan di laman rasmi bangunan gereja itu, CCC adalah sebuah pusat konvensyen yang unik khusus untuk mengajar aktiviti-aktiviti holistik.
Aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah jamuan, seminar, muzik dan seni produksi kreatif, serta penyediaan latihan pendidikan dan vokasional.

Kesemua aktiviti itu adalah untuk pembangunan rohani yang bertujuan membangunkan generasi muda di negara kita supaya menjadi warga yang berguna.
Pun begitu, CCC adalah satu projek yang bukan untuk mengaut keuntungan dan dibangunkan oleh Gereja Calvary selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara, iaitu untuk menerapkan nilai-nilai rohaniah, hak moral, tingkah laku yang baik, tanggungjawab sosial dan sivil.



Designed By Asal Pelik