Bintang bola sepak terkenal dunia, David Beckham mengorak langkah dengan melancarkan koleksi pakaian dalamnya sendiri hasil kolaborasi bersama H&M. Koleksi pakaian ini akan mula berada di pasaran pada 1 Februari ini dan boleh didapati di 1800 gedung H&M seluruh dunia.

Antara pakaian yang terdapat dalam koleksi ini adalah 'brief', 'boxer', T-shirt dan juga pakaian tidur yang semuanya dijual dengan harga yang berpatutan bermula daripada USD12.95 hingga USD29.95 sahaja.

Difahamkan Beckham akan melancarkan koleksi terbaru pada setiap musim bagi disesuaikan dengan keadaan cuaca dan keselesaan pemakai.