Debaran bagi para penggiat muzik tanahair kini bermula! Pastinya para peminat muzik tanahair tidak sabar menantikan saat apabila 12 buah lagu terbaik ciptaan komposer dan penulis lirik tempatan bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 26 pada 29 Januari ini.

AJL26 yang dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula jam 9.00 - 11.30 malam ini akan dihiburkan dengan persembahan hebat 11 artis berkumpulan dan solo seperti 3 Suara, Yuna, Faizal Tahir, Aizat, Projek Pistol, Alyah, Atilia & Monoloque, Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Jaclyn Victor, Hafiz dan Najwa Latif dalam usaha mereka untuk menjulang trofi Anugerah Juara Lagu pada tahun ini.

Malam kemuncak ini turut menyaksikan gandingan Faizal Ismail (FBI) dan Cheryl Samad sebagai hos dan peminat muzik pasti akan teruja dengan kemunculan istimewa Awie, Jamal Abdilah dan Datuk Sheila Majid yang bakal menyemarakkan persembahan pembuka tirai AJL26 manakala segmen interlude pula menampilkan gandingan tiga penyanyi muda yang kini hangat menempa nama iaitu Black, Azlan The Typewriter dan Hazama.

Berikut adalah turutan persembahan artis pada malam AJL26 nanti;

1. Wanita Seluruh Dunia - Project Pistol
2. Sedetik Lebih - Jaclyn Victor
3. Kekanda Adinda - Monoloque/Atilia
4. Penakut - Yuna
5. Kalau Berpacaran - Ana Raffali/Suhaimi Mior Hassan & Altimet
6. Cinta Muka Buku - Najwa Latif
7. Karma - Faizal Tahir
8. Kisah Hati - Alyah
9. Sungai Lui - Aizat
10. Gadis Semasa - Yuna
11. Awan Nano - Hafiz
12. Beribu Sesalan - Tiga Suara (Ning/Jac/Shila)