PHNOM PENH: Mahkamah Kemboja semalam menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara terhadap seorang doktor Amerika kerana membayar khidmat seks bersama dua kanak-kanak lelaki bawah umur, kata pihak berkuasa.
Phillip Bruce Shepard dari Michigan ditahan di ibu negara Kemboja Julai tahun lalu kerana mendera dua adik-beradik itu yang berusia 12 dan 14 tahun.
“Dia dihukum 10 tahun penjara kerana terbabit dengan pelacuran kanak-kanak,” kata pendakwa raya Ek Chheng Huot di mahkamah daerah Phnom Penh.
Mahkamah juga mengarahkan doktor berusia 68 tahun itu dihantar pulang selepas menjalani hukumannya.
Menurut pegawai projek Kumpulan Tindakan Anti-Pedofilia, Pour Les Enfants (APLE), Khoem Vando yang bertanggungjawab menyediakan bantuan guaman kepada mangsa, Shepard bertugas sebagai doktor di klinik swasta di Phnom Penh sebelum dia ditahan. - AF