Ella Chen ingin berlakon



Chen Chia-Hwa atau lebih dikenali sebagai Ella Chen sebagai, merupakan salah seorang daripada penyanyi Taiwan dari kumpulan S.H.E. Selepas mencipta nama dalam bidang nyanyian, dan dengan bakat yang ada padanya, kini dia sudah mula berlakon dan telah membintangi sebuah popular iaitu "Hanakarino Kimitachihe" pada 2006 dan drama "Down With Love" pada tahun 2010 . Walaupun dia dilihat berperwatakan tomboy, Ella telah membuktikan bahawa dia mempunyai bakat besar.
Dan baru-baru ini, sidang media bersama Ella Chen melalui perbualan telefon di Sunway Lagoon, Kuala Lumpur.

Mengapa anda memilih untuk bersetuju untuk persembahan di konsert Sunway Lagoon 2012 Countdown Party di Malaysia? Sebenarnya saya telah mendapat jemputan daripada Sunway Lagoon, oleh itu saya menerimanya. Saya tidak melihat kunjungan saya ke Malaysia untuk bekerja, sebaliknya sebagai percutian juga.

Apakah pendapat anda tentang Malaysia?
Saya sangat teruja kembali ke Malaysia! Saya tidak sabar hendak makan makanan Malaysia dan membeli-belah serta bertemu peminat saya.

Adakah anda bakal muncul dengan album solo dalam masa terdekat ini seperti rakan anda, Hebe?
Sebenarnya saya gemar untuk mengambil tawaran berlakon atau menghasilkan album EP sahaja daripada muncul dengan album kerana ia mengambil masa dan sangat memenatkan. Saya perlu menulis lirik lagu dan membuat persembahan secara solo di mana ianya agak janggal kerana selama ini saya bersama Selina dan Hebe.

Oleh kerana anda suka berlakon, filem apakah yang anda suka tonton?
Banyak filem yang saya gemari. Jika saya perlu memilih, saya akan memilih "Forest Gump" kerana saya rasakan ia adalah sebuah filem dengan jalan cerita yang cukup bermakna dan memberi inspirasi. Siapakah pengarah kegemaran anda? Tidak ada kerana saya masih lagi baru dalam industri ini. Oleh itu saya berfikiran terbuka untuk segala peluang lakonan yang ditawarkan kepada saya. Ia juga bagus untuk bekerja dengan pengarah yang berbeza.

Boleh ceritakan bagaimanakah tahun 2011 secara keseluruhan bagi anda?
2011 merupakan tahun yang banyak berlaku perubahan besar kepada saya, baik dari segi peribadi dan juga sosial. Sebagai contoh, rakan saya, Selina telah mengalami kemalangan pada awal tahun lalu dan kini bakal berkahwin.

Bila pula anda akan berkahwin?
Pada masa sekarang, saya tidak dapat menjangka apa-apa lagi. Namun jika saya ingin berkahwin, ia tidak akan dilakukan di pantai seperti orang fikirkan saya mahu kerana ingin mencari pantai di Taiwan agak sukar! Malah ia akan menyusahkan orang lain. Namun siapa tahu jika Sunway Lagoon Surf Beach nampak menarik, saya mungkin akan buat di situ sahaja (ketawa)

Akhir sekali, apakah hajat atau harapan anda sempena tahun 2012 ini? Saya doakan kebahagiaan dan kesihatan baik buat orang-orang tersayang terutamanya ayah saya yang sedang sakit. Saya juga berharap semua orang akan sentiasa menjaga apa sahaja yang dimiliki mereka sekarang dan menghargainya.
Terima kasih, Ella!
Sama-sama!


Designed By Asal Pelik