Ezlynn Idamkan D.Siti & A.Zain Menyanyi Di Resepsi RM12 Juta


 

Kisah resepsi perkahwinan bernilai jutaan ringgit bakal kembali — kali ini giliran Ezlynn & Adam.
Semalam berlangsung’nya majlis sidang media mengumumkan penajaan Rafflesia untuk resepsi perkahwinan Ezleynn & Adam yang bakal bernilai RM12 juta.

Kalau masih ingat, majlis Memey Suhaiza & Norman Hakim dengan nilai yang sama mencetus kontroversi beberapa bulan lalu yang di’katakan sebuah majlis pengiklanan.

Namun untuk kali ini, Ezlynn & Adam berkata mereka terlibat dengan perancangan resepsi perkahwinan bertemakan Mediterranean dan musim luruh Sepanyol yang akan berlangsung pada 11 Januari 2012 ini.
Bercakap tentang persembahan yang bakal berlangsung, Ezlynn berkata beliau sudah menghubungi Dato’ Siti Nurhaliza untuk menyampaikan niat beliau mahukan penyanyi nombor satu itu beraksi di majlis beliau nanti.

Ezlynn turut berkata beliau mahukan penyanyi bersuara lunak, Anuar Zain untuk turut beraksi. Menarik, Neelofa menjadi salah seorang pereka kasut perkahwinan Ezlynn nanti.


Designed By Asal Pelik