NEW YORK – Gempa bumi bermagnitud 5.8 melanda wilayah Kepulauan Babuyan, utara Filipina, tengah malam tadi (waktu tempatan), menurut Jabatan Kaji Selidik Amerika Syarikat (USGS), pagi ini.
Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan atau kerosakan diterima, manakala Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan sebarang amaran susulan kejadian itu. – AP