Jaguar XF 2.2L di pasaran 2013


SISMA Auto Sdn Bhd (Sisma Auto), pengimport dan pengedar tunggal Jaguar di negara ini merancang membuka lebih banyak cawangan termasuk pusat servis bercirikan 3S (jualan, servis dan alat ganti) pada masa depan khususnya selepas memperkenalkan model baru Jaguar XF berkuasa 2.2Liter (L).

Ketika ini, syarikat mempunyai tiga cawangan iaitu di KL Pavilion, Jalan Tun Razak serta pusat servis 4S di Glenmarie, Shah Alam yang baru dibuka tahun lalu dan antara lokasi baru yang dikenal pasti ialah di Pulau Pinang dan Johor Bahru. Pengarah Sisma Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim berkata, model Jaguar XF berkuasa 2.2L yang menggunakan enjin diesel itu memiliki kapasiti enjin lebih kecil dilihat mampu melonjakkan jualan dan dijangka diperkenalkan pada tahun depan.


“Model 2.2L ini diperkenalkan di United Kingdom (UK) tahun lalu dan kami memperkenalkannya tahun depan, malah Jaguar komited mahu melancarkan model baru setiap tahun termasuk model dua pintu Jaguar Roadster XE pada 2013 selain model Crossover pada masa depan,” katanya selepas majlis pelancaran model baru yang dipertingkatkan, Jaguar XF di Pavilion KL, semalam.



Designed By Asal Pelik