Katy Perry menang besar



Pelantun lagu "The One That Got Away", Katy Perry menang besar di People's Choice Award apabila telah berjaya merangkul lima anugerah daripada tujuh yang dicalonkan walaupun selepas membatalkan kehadirannya dua hari sebelum acara tersebut.

Penyanyi berusia 27 tahun ini yang kini sedang berhadapan dengan masalah perceraian dengan suami yang juga pelakon komedi, Russell Brand, telah memenangi anugerah untuk kategori artis wanita pilihan, muzik video pilihan untuk "Last Friday Night (T.G.I.F), lagu pilihan, siri jelajah pilihan dan juga artis jemputan pilihan untuk wataknya dalam drama bersiri "How I Met Your Mother".

Filem francais terkenal yang diadaptasi daripada siri novel karya J.K. Rowling, "Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 2" pula berjaya memenangi empat anugerah iaitu filem pilihan, filem aksi pilihan, barisan pelakon filem pilihan dan adaptasi buku pilihan.

Antara pemenang lain di majlis anugerah tersebut adalah Emma Stone, Chloe Moretz, Kim Kardashian, Bruno Mars, Hugh Jackman, Johnny Depp, Ryan Reynolds, Taylor Swift, Demi Lovatp dan juga aktor "Invictus", Morgan Freeman yang dinobatkan sebagai ikon filem pilihan.

Untuk senarai penuh pemenang People's Choice Awards, layari laman web Peopleschoice.com.


Designed By Asal Pelik