FT ISLAND atau 'Five Treasured Island', sebuah band Korea yang popular di dunia akan berkunjung ke Malaysia untuk melaksanakan konsert solo pertama mereka '2012 Play! FTISLAND Concert in Malaysia'
yang akan diadakan pada 14 Januari 2012 bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam.

'2012 Play! FTISLAND Concert in Malaysia' ditujukan khas oleh ahli-ahli FTISLAND untuk peminat-peminat mereka. FTISLAND sangat popular di Jepun dan album-albumnya cukup popular sejak ia dilancarkan.

FTISLAND dianggotai lima jejaka kacak yang terdiri daripada Lee Hong Gi selaku vokalis utama, Lee Jae Jin (Vokal dan bass), Choi Jong Hun (Pemain gitar utama dan keyboard) , Song Seung Hyun (vokal
dan pemain gitar) serta Choi Min Hwan (pemain drum).

Ahli FTISLAND dikenali kerana mereka mempunyai pelbagai daya penarik selain vokal Lee Hong Gi yang cukup terkenal untuk gayanya tersendiri setiap kali berada di atas pentas. '2012 Play! FTISLAND
Concert di Malaysia' pastinya menjanjikan pelbagai persembahan menarik buat peminat-peminat FTISLAND di Malaysia.

Konsert ini dianjurkan oleh Square Roots Sdn Bhd. Tiket-tiketnya berharga daripada RM138 (P3), RM248 (P2), RM368 (P1) dan RM468 (Rock Zone). Semua harga tiket tidak termasuk bayaran proses tiket
RM3. Tiket boleh didapati daripada 9 December 2011 dan dijual oleh iLasso (03-7957 6088) atau Akar Square (03-8023 4376). Pembelian tiket dalam talian juga boleh didapati di www.ilassotickets.com.

Bagi pembaca yang berminat, dapatkan majalah Media Hiburan bertarikh 7-13 Januari 2012 di pasaran, jawab soalan dan lengkapkan slogan yang disediakan. Hantarkan jawapan dan slogan tersebut berserta info diri (nama, no. KP, alamat dan no. telefon) ke email: nor.azira@karangkraf.com

*Hanya enam orang pemenang yang memberikan jawapan tepat dan slogan terbaik akan dihubungi oleh pihak MH.