Masjid New York Diserang



NEW YORK - Sebuah masjid di bandar New York, Amerika Syarikat diserang dengan bom api dalam satu pembakaran sengaja yang dipercayai berpunca akibat jenayah kebencian terhadap agama.

Masjid di bangunan Yayasan Imam Al-Khoei di daerah Queens mengalami kerosakan pada bahagian hadapan selepas dua botol koktel Molotov dibaling, awal pagi kelmarin, semasa lebih 100 orang sedang berkumpul di masjid itu.

Dua lagi serangan serupa berlaku di kawasan kejiranan sama dengan menyasarkan sebuah kedai runcit milik penduduk beragama Islam dan sebuah rumah yang digunakan sebagai kuil oleh penganut Hindu.

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg dilihat cuba menenangkan keadaan dan menegaskan serangan tersebut bercanggah sama sekali dengan semangat diamalkan penduduk bandar raya itu.

Polis sedang menyiasat motif serangan bagi menentukan sama ada ia dilakukan oleh individu.

Pemimpin komuniti Islam di bandar tersebut sebelum ini menyuarakan kekecewaan apabila hak asasi penduduk Islam dicabuli berikutan mereka perlu menghadapi pemantauan rapi polis sejak serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001



Sumber : Sinarharian


Designed By Asal Pelik