Mayat pekerja asing dalam beg di lapangan terbang


MANILA: Sebuah persatuan pekerja Filipina di Asia Barat semalam mendesak pihak berkuasa negara itu menyiasat kematian ngeri seorang pekerja asing yang tiba di bandar raya ini dari Bahrain.
Nidzmar Bahjin, 20, kembali ke Filipina dari Bahrain Selasa lalu. Tetapi, keesokannya, mayatnya ditemui dalam beg pakaian yang ditinggalkan di tempat letak kereta di Terminal 2, Lapangan Terbang Ninoy Aquino.

Pembunuhan ngeri itu bukan saja memeranjatkan keluarga tetapi juga mencetuskan kebimbangan di kalangan pekerja asing Filipina yang tiba di negara asal mereka menerusi lapangan terbang berkenaan.
Polis di Pasay City berkata, Nidzmar, wanita Islam yang berasal dari Sulu itu, dipercayai diculik sebelum dicekik hingga mati. - Agensi


Designed By Asal Pelik