Pengguna MegaUpload Bercadang Ingin Menyaman Pihak FBI



Berita mengenai laman perkongsian fail terus kedengaran sepanjang minggu ini, dimana terkini, ia diperkatakan yang mana pengguna MegaUpload bercadang untuk menyaman pihak berkuasa, iaiu FBI, kerana menyebabkan mereka kerugian dan kehilangan pelbagai data penting yang disimpan padanya.


Untuk makluman, walaupun MegaUpload sering diperkatakan sebagai penyumbang terbesar kepada pengedaran cetak rompak, perkhidmatan mereka juga turut digunakan oleh ribuan pengguna dalam menyimpan fail-fail dan juga dokumen, untuk dikongsikan bersama rakan sekerja dan sebagainya.


Pada hari ini, emel masih lagi menawarkan ruangan penghantaran fail bersama yang amat terhad, dan pengguna lebih gemar menggunakan perkhidmatan pihak ketiga ketika menghantar fail bersama-sama dan salah satu perkhidmatan popular adalah MegaUpload.


Pada masa yang sama, ratusan ribu pengguna juga turut membayar untuk perkhidmatan tambahan yang ditawarkan oleh MegaUpload. Namun, dengan pihak berkuasa di Amerika Syarikat memadam terus MegaUpload daripada arena internet tanpa sebarang notis awal, ianya menjadi tanda tanya berkenaan adakah fail-fail yang disimpan akan didapatkan kembali ataupun sebaliknya.


Usaha kini dilakukan oleh salah satu pihak bebas, mengumpul pelbagai aduan berkenaan dengan penutupan perkhidmatan ini, dan bagi mereka yang ingin turut sama mengadu, boleh ke laman khas yang disediakan.


Namun, persoalan utamanya sekarang, adakah perkhidmatan tersebut dapat dikembalikan semula ataupun akan terus berkubur untuk selamanya?


Designed By Asal Pelik