Perang Katy Perry & Lady Gaga

 Perang Katy Perry & Lady Gaga

7 Jan – Di saat penyanyi "The One That Got Away", Katy Perry sedang dalam proses penceraian dengan suaminya, Russell Brand, kini timbul pula kisahnya yang sedang 'berperang' dengan penyanyi "Born This Way", Lady Gaga.

Menurut sumber kepada majalah Now, kedua-dua penyanyi ini dilaporkan meminta pihak penganjur agar meletakkan mereka sejauh yang mungkin daripada satu sama lain ketika Anugerah Grammy yang bakal berlangsung Februari akan datang.

"Wakil mereka meminta agar lokasi tempat duduk mereka diletakkan tempat berasingan dan jauh antara satu sama lain bagi mengelakkan kejadian yang kurang menyenangkan."
'Peperangan' antara mereka dikatakan meletus selepas Perry, 27, menyindir tindakan Gaga, 25, yang tidak menghormati agama dalam video muziknya menerusi akaun Twitter.

Dia berkata, "Menggunakan kata-kata hina terhadap Tuhan sebagai hiburan adalah seperti pelakon komedi membuat jenaka tidak menjadi."

Perry turut berkata Gaga lebih gemar mencetuskan kontroversi daripada menghasilkan muzik dan ianya menjengkelkannya.


Designed By Asal Pelik