Perogol Kanak-kanak Dipenjara 560 Tahun


PHOENIX — Seorang lelaki yang berada dalam senarai paling dikehendaki di Amerika Syarikat, dihukum penjara selama 560 tahun oleh Mahkamah di sini selepas mengadakan hubungan seks dan mencabul remaja bawah umur.
Arthur Leon Vitasek, 47, didapati bersalah atas 26 tuduhan melibatkan remaja dan kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 15 tahun sejak 1990.

Polis percaya terdapat ramai lagi kanak-kanak yang menjadi mangsanya.
Lelaki berkenaan sering menjadikan ibu tunggal sebagai sasaran dan kemudiannya mengambil kesempatan ke atas anak mereka dengan memberikan hadiah.

“Anda tidak mahu manusia seperti ini bebas selama-lamanya dan kemudiannya menyakiti kanak-kanak yang lain,” katanya seorang polis, Steve Berry.

Vitasek ditahan di Texas pada September 2006 selepas seorang remaja berusia 16 tahun membuat laporan polis bahawa lelaki itu telah melakukan serangan seksual ke atasnya.
Remaja itu mengenaLi Vitasek melalui internet.

Menurut polis, Vitasek menggunakan nama samaran `Rich Loper’ dalam internet dan dia hanya mendedahkan identitinya selepas beberapa kali didesak oleh pihak berkuasa yang mengenainya.


Designed By Asal Pelik