PM yakin projek Iskandar Malaysia maju ikut jadual


MODEL...Najib bersama rakan sejawatnya Lee (tiga dari kiri) mendengar penjelasan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar (kiri) mengenai pelan pembangunan Iskandar Malaysia, semalam.
MODEL...Najib bersama rakan sejawatnya Lee (tiga dari kiri) mendengar penjelasan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar (kiri) mengenai pelan pembangunan Iskandar Malaysia, semalam.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin Iskandar Malaysia terus berkembang dan projek itu akan disiapkan mengikut jadual walaupun berhadapan ketidaktentuan ekonomi global.
Menjawab soalan sama ada penguncupan ekonomi di Singapura dan ketidaktentuan ekonomi global akan memberi kesan terhadap perkembangan keseluruhan projek usaha sama itu, Najib berkata, tiada petanda menunjukkan perkembangan keseluruhan Iskandar semakin perlahan. “Malah, pelaburan sebenarnya bergerak mengikut jadual,” katanya, sambil menyatakan keadaan ekonomi semasa di Malaysia dan Singapura akan berterusan pada paras kondusif bagi sektor swasta untuk terus melabur di Iskandar Malaysia.

Najib berkata demikian pada sidang media bersama dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong selepas Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di Putrajaya semalam. - Bernama

Sumber Metro


Designed By Asal Pelik