Presiden Eric Cantona?



BEKAS bintang Manchester United, Eric Cantona dikatakan mahu berkempen untuk menjadi presiden Perancis, menurut satu laporan.

Begitupun, hakikatnya Cantona hanya memberi publisiti untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebajikan perumahan untuk golongan kurang berkemampuan di Perancis.
Sekiranya Cantona benar-benar mengikuti idea itu, beliau adalah antara bekas pemain bola sepak yang beralih arah ke bidang politik.

Ini adalah lima pemain yang beralih dari bola sepak ke politik.

ZICO

Pemain tengah Brazil, Zico adalah antara pemain terbaik dunia pada era 1980-an dan khidmatnya diintai banyak pihak apabila beliau bersara dari sukan itu pada 1990.

Bagaimanapun sebelum terbabit dalam bidang pengurusan, beliau dilantik sebagai Menteri Sukan Brazil, satu jawatan yang dipegangnya dalam tempoh setahun sebelum berpindah ke Jepun untuk membimbing Kashima Antlers, antara pasukan pertama dalam Liga-J.


GEORGE WEAH

Bekas Pemain Terbaik Tahunan Fifa, George Weah bertanding untuk jawatan presiden Liberia pada pilihan raya 2005 tetapi tewas.

Beliau membentuk Kongres Perubahan Demokrasi di Liberia dan tahun lalu dipilih sebagai timbalan presiden bersama calon presiden Winston Tubman.


ROMAN PAVLYUCHENKO


Selain memanaskan bangku simpanan di White Hart Lane, Pavlyuchenko juga adalah penolong majlis bandar raya (dikenali sebagai “Duma”) di Stavripol, Russia, mewakili parti Vladimir Putin, United Russia.

Pavlyuchenko menjelaskan “Disebabkan kerjaya saya, sukar untuk saya mengambil bahagian secara terus dalam tugas majlis bandar raya tetapi saya sedia membantu dengan memberi nasihat dan dengan sumbangan khusus terhadap bidang pembangunan sukan.


YORDAN LETCHKOV

Pemain tengah Bulgaria itu mendapat perhatian sewaktu Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat apabila tandukannya menyingkirkan Jerman daripada kejohanan
itu dan Bulgaria mara ke separuh akhir.

Selepas bersara daripada sukan itu, beliau dilantik sebagai Datuk Bandar Sliven, iaitu tempat kelahirannya pada 2003 dan dilantik semula memegang jawatan itu empat tahun kemudian.

Pada 2010, mahkamah Sliven mengarahkan supaya gelarannya sebagai Datuk Bandar dilucutkan kerana penyelewengan tetapi kembali memegang tugas itu selepas membuat rayuan.

GIANNI RIVERA

Pemain tengah legenda Itali, Gianni Rivera ditakdirkan untuk berada di pejabat.
Selepas bersara daripada bola sepak, beliau kemudian�nya menjadi naib presiden
AC Milan.

Beliau meninggalkan kelab itu pada 1986 untuk melakarkan karier di bidang politik apabila menjadi ahli parlimen Itali sebagai anggota kementerian pertahanan dan ahli tidak bersekutu parlimen Eropah.


Designed By Asal Pelik