Saintis namakan lalat Beyonce

SYDNEY: Cerita mengenai Beyonce tidak pernah putus.
Selepas muncul kisah mengenai bayinya, Blue Ivy Carter, isteri Jay Z itu sekali lagi menjadi bahan berita apabila seorang saintis sengaja menggunakan nama selebriti berkenaan untuk menamakan satu spesies lalat.

Ia mungkin satu penghormatan atau boleh juga dianggap penghinaan. Tetapi yang pasti, saintis terbabit, Bryan Lessard berkata, dia tidak bertujuan untuk menghina penyanyi itu.
Menurutnya, lalat itu yang belum ada nama, akhirnya dinamakan Scaptia Beyonceae, kerana kononnya ia banyak persamaan dengan Beyonce.

“Lalat itu mempunyai sejumlah bulu berwarna emas yang cukup lebat di perut. Secara kebetulan, spesies lalat itu ditemui pertama kali pada 1981, sama dengan tahun kelahiran Beyonce,” kata Lessard.

Sama seperti selebriti berkenaan, ciri lalat yang cantik dan unik itu menyebabkan dia dinobatkan sebagai diva lalat, kata Lessard. - Agensi


Designed By Asal Pelik