Seers kini jurulatih skuad remaja



ABU SAMAH (kiri) bersama Zolkples ketika melancarkan kereta Calvacade LTdL 2012 di Bukit Jalil semalam.


SELEPAS setahun memegang 'jersi' jurulatih skuad berbasikal lebuh raya kebangsaan, akhirnya Grahan Seers terpaksa akur apabila hanya diberi peranan melatih skuad remaja.

"Tidak mahu mengistilahkan sebagai turun pangkat tetapi Seers akan melatih pelumba bawah 23 tahun negara. Dia tidak lagi terlibat dengan latihan skuad utama," jelas Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kareta Calvacade yang akan digunakan pada LTdL 2012, Februari depan.

Turut hadir pada majlis yang berlangsung di perkarangan Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil itu ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong.

Mengulas lanjut, Abu Samah menjelaskan bahawa pertukaran tugas Seers itu dilakukan gara-gara prestasi hambar skuad lebuh raya kebangsaan pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 serta Sukan SEA di Indonesia pada tahun lalu.

Pada Sukan SEA lalu, skuad le- buh raya, selain pencapaian Ng Yong Li dan Mariana Mohamad yang masing-masing menduduki tempat keempat dalam acara ujian masa individu lelaki dan wanita, prestasi pelumba lain pula amat menghampakan.

Mengikut rekod, skuad basikal kebangsaan tidak pernah gagal mengutip pingat emas namun sekarang, Malaysia sudah tiga kali gagal meraih pingat emas pada te- masya dwitahunan itu.

Abu Samah mengakui, kegagalan skuad lebuh raya dalam bebe- rapa acara di Jakarta amat mengecewakan dan penukaran Seers adalah antara langkah untuk meningkatkan kembali prestasi pelumba negara.

"Bagi LTdL, kita akan menggu- nakan khidmat jurulatih tempatan, Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan dan PKBM yakin de- ngan kebolehan serta program yang dirancang olehnya," ujar Abu Samah.

Tambah beliau lagi, keputusan yang diambil adalah hasil perbincangan dan sokongan oleh semua ahli PKBM," jelasnya.

"Memang wujud rasa tidak puas hati yang dizahirkan oleh Seers, namun tindakan kami adalah berdasarkan dengan apa yang telah dibuktikan. Memang cita-citanya besar, hendak membawa pelumba kita ke Olimpik.

"Tetapi sebelum itu, dia kena buktikan dulu dalam acara-acara lain, sekurang-kurangnya di Sukan SEA tetapi segalanya hambar," katanya.

Di samping itu, Abu Samah juga menyatakan bahawa program yang sedia ada bagi pelumba lebuh raya akan mengalami beberapa perubahan, terutamanya dari aspek strategi.

"Kami menumpukan pada kuti- pan jarak kayuhan yang mampu dilakukan oleh sembilan pelumba negara," katanya.

Dalam pada itu, menyentuh isu penghijrahan bekas pelari pecut negara, Siti Fatimah Mohamad, Abu Samah mengesahkan atlet itu sudah 'dilepaskan' oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

"Seperti sebelum ini, saya tetap tegaskan yang dia (Siti Fatimah) akan diuji terlebih dahulu.

"Mungkin dia mempunyai kekuatan untuk bersaing dalam arena basikal tetapi tidak dari aspek teknik. Sebab itu dia perlu melalui semua prosedur dan ujian yang ditetapkan oleh PKBM.

"Bukan itu saja, sekiranya pencapaian Siti Fatimah memuaskan, tidak mustahil untuknya terpilih bagi menjalani latihan di Melbourne, Australia.

"Tetapi saya tegaskan di sini, dia perlu mampu menjadi sepantas pelumba lain. Mengikut standard catatan masa yang PKBM tetapkan.

"Dalam erti kata lain, bukan setakat memuaskan hati tetapi perlu membuktikan prestasi 'luar biasa'," tegas Abu Samah.



Designed By Asal Pelik