Sesi Temuramah Bersama Nur Amalina Che Bakri

"Kepada anda yang berada di luar sana, jangan risau, jangan bimbang, im doing fine here, terima kasih kepada semua nasihat yang anda berikan kepada amalina, saya akan jadikan iktibar dan teladan. tapi ada komen yang sedikit mencalarkan hati amalina. if you want to give me advice harap janganlah terlalu emosi hingga babitkan ibubapa, keluarga," kata pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2005 yang memperolehi keputusan 17A1, Nur Amalina Che Bakri.
Kumpulan wartawan tempatan dari TV9, Astro Awani, Harian Metro, Sinar Harian, Berita Harian dan Utusan Malaysia sebentar tadi berpeluang menemubual Nur Amalina di rumah ibunya di Kota Tinggi, Johor bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai pelbagai tohmahan di media sosial mengenai perkembangan terkini dirinya yang masih berada di United Kingdom.
 1. Wartawan tempatan di kediaman keluarga Nur Amalina Che Bakri di Kota Tinggi. Sebentar nanti, sesi video chat melalui skype akan diadakan bersama Nur Amalina atau lebih mesra dipanggil Ina yang ketika ini berada di Edinburgh, UK.

nur amalina

2. Ibu Nur Amalina sedang ber”Skype” bersama anaknya menerusi laptop.

nur amalina 


Video ucapan daripada Amalina khas untuk semua rakyat Malaysia







Sumber : beutifulnara.com


Designed By Asal Pelik