[Taktik AS] Iran bekal senjata kepada Syria: AS

SEORANG kanak-kanak turut serta dalam tunjuk perasaan menentang pemerintahan kerajaan Presiden Hafez al-Assad, di Homs, semalam.
SEORANG kanak-kanak turut serta dalam tunjuk perasaan menentang pemerintahan kerajaan Presiden Hafez al-Assad, di Homs, semalam. 
WASHINGTON: Amerika Syarikat percaya Iran membekalkan senjata untuk membantu Syria dalam menghadapi kebangkitan rakyat yang menentang kerajaan Presiden Bashar al-Assad.
Seorang pegawai kanan AS berkata, Ketua Briged Quds, pasukan elit Pengawal Revolusi Iran, Qasem Soleimani berada di Damsyik baru-baru ini.

Kehadirannya dilihat oleh Amerika Syarikat sebagai tanda kukuh bahawa republik Islam itu membantu Syria, termasuk membekalkannya dengan senjata.
“Kami yakin Qasem berbincang dengan peringkat paling tinggi Syria, termasuk Bashar.

“Kami percaya kunjungannya itu ada kaitan dengan sokongan Teheran kepada Damsyik dalam usaha untuk mematahkan kebangkitan rakyat Syria,” kata pegawai itu yang enggan namanya disiarkan.

Washington sudah sekian lama mengesyaki Iran membantu Syria ketika Bashar cuba mengekalkan kuasa dan mengelak daripada berdepan dengan nasib yang sama yang menimpa diktator lain di rantau itu ekoran Kebangkitan Arab.


Seorang pegawai lain berkata, kunjungan Qasem itu juga menjadi satu petunjuk paling kukuh mengenai kerjasama antara kedua-dua negara terbabit.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan lebih 5,000 rakyat Syria dan anggota pasukan keselamatan negara berkenaan terbunuh sejak tunjuk perasaan membantah pemerintahan Hafez bermula awal Mac lalu. - Reuters

p/s : ini lah AS,kalau die ade kesempatan nak serang sesebuah negara,mesti ade alasan yang bangggang ! ,,itu masalah negara orang,,jangan lah nak masuk campur


Designed By Asal Pelik