Tarif import ICT rendah Brazil akan tingkat eksport ICT Malaysia

http://img231.imageshack.us/img231/8935/teachingwithict.jpg

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Tarif import rendah baharu bagi 298 produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang diumumkan oleh Dewan Perdagangan Luar Kerajaan Brazil akan meningkatkan eksport ICT Malaysia ke negara Amerika Latin itu. 

Tarif tersebut, yang berkuat kuasa serta merta, akan kekal sehingga 31 Dis, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Ia berkata kebanyakan produk adalah dalam bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi, dengan duti diturunkan kepada hanya dua peratus, daripada masing-masing pada 14 peratus bagi produk IT dan 16 peratus bagi barangan telekomunikasi sebelum ini.

Setakat ini, Brazil merupakan pasaran ICT terbesar di Amerika Latin dan negara itu terus berkembang dengan menambah baik prasarana ICT.
Brazil akan menjadi satu daripada pasaran paling penting bagi industri ICT kerana permintaan bagi produk dan perkhidmatan ICT dijangka berkembang pada 12 peratus, kata perbadanan dalam satu kenyataan hari ini.

Matrade berkata insentif cukai itu tepat pada masa kerana ia membolehkan syarikat ICT Brazil mendapatkan produk baharu dan inovatif.
"Memandangkan tarif import ICT yang rendah, pengeluar produk ICT Malaysia perlu bersiap sedia menimbangkan langkah-langkah baharu untuk menyelaraskan strategi perniagaan mereka di Brazil untuk bersaing dengan efektif bagi memanfaatkan potensi besar pasaran negara itu," kata Matrade.


Designed By Asal Pelik