Thailand tingkatkan keselamatan di Bangkok


WASHINGTON: Amerika Syarikat yang bimbang kemungkinan Israel melancarkan serangan terhadap Iran walaupun ia menentang tindakan itu, mula mengambil langkah melindungi kepentingannya di Asia Barat.

Akhbar Wall Street Journal melaporkan, Presiden Barack Obama, Setiausaha Pertahanan, Leon Panetta dan pegawai kanan lain menyampaikan beberapa mesej secara berasingan kepada pemimpin Israel untuk memberi amaran mengenai kesan buruk jika serangan dilancarkan.

Menurut akhbar itu, tentera Amerika sudah mula menyediakan beberapa pelan tindakan sekiranya Israel berdegil, termasuk langkah menghadapi serangan oleh kumpulan militia Syiah pro-Iran di Iraq terhadap kedutaaannya di Baghdad.
Amerika Syarikat mendakwa dua pengganas berada di Bangkok ketika ini dan merancang untuk melakukan keganasa, - AP


Designed By Asal Pelik