Wanita Dibakar Hidup-Hidup Di Dalam Lif

Suspek Yang Dikatakan Membakar Mangsa Dapat Dilihat Melalui Rakaman CCTV

POLIS sedang memburu seorang lelaki yang didapati telah menyembur seorang wanita tua dengan sejenis cecair mudah terbakar, menyalakan api dan kemudian membiarkan wanita itu terbakar dalam lif sehingga menyebabkan wanita itu maut.

Rakaman CCTV menggambarkan saat seorang lelaki berpakaian pembasmi serangga, dipercayai telah menyerang mangsa yang dikenali sebagai Gillespie Delores.

Mangsa yang dianggarkan dalam lingkungan 60-an atau 70-an yang mengalami sakit mental itu disembur dengan cecair mudah terbakar sebelum dibakar dengan api yang dinyalakan oleh lelaki itu dengan menggunakan pemetik api BBQ di blok pangsapurinya di New York.

Pasukan kecemasan bergegas ke Prospect Heights, Brooklyn, selepas menerima laporan tentang kejadian itu tetapi mangsa tidak sempat diselamatkan dan telah mati rentung di tempat kejadian.

Laporan berita tempatan mendakwa Gillespie telah tinggal di bangunan itu selama bertahun-tahun.

Mereka menambah bahawa dia tinggal bersama anaknya dan dia dikatakan telah membuat aduan ada antara jirannya yang mencuri barang miliknya. Motif kejadian masih disiasat dan belum dapat dipastikan.


Designed By Asal Pelik