Menurut seorang peguam bela, Robert Olson, Miller mengaku bersalah atas kesalahan penyalahgunaan seks dan serangan seks semasa sesi perbicaraan di sini.
Menurut pendakwa raya, dia mencabul tiga budak lelaki.
Pihak pendakwa raya menyatakan dia menawarkan arak dan dadah untuk melakukan seks dengan dua orang mangsanya pada Februari dan Jun tahun lepas di rumahnya.
Skandal seks itu terdedah apabila salah seorang mangsa lelaki menghantar mesej di laman sosial Facebook kepada anak perempuan sulung Miller bagi meminta maaf kerana perbuatan itu.
Keluarga mangsa itu yang terlihat mesej itu kemudian memberitahu pihak polis.
Miller yang bekerja sebagai seorang setiausaha menyatakan budak lelaki itu yang membawa arak dan dadah ke rumahnya. – Agensi