Zooey Deschanel tuntut cerai

Zooey Deschanel tuntut cerai

7 Jan – Selepas perkahwinan Katy Perry dan aktor British, Russell Brand berakhir dengan perceraian, kini bintang siri televisyen "New Girl" yang mirip Katy Perry, Zooey Deschanel pula memfailkan perceraian daripada suaminya pada 27 Disember lalu di Los Angeles.

Dipetik daripada L.A Times, Deschanel sebelum ini membuat pengumuman untuk berpisah dua bulan lalu memberi alasan bahawa dia dan suami yang merupakan vokalis kumpulan indie rock Death Cab For Cutie dan Postal Service, Ben Gibbard tidak lagi mempunyai persefahaman.

Jurucakap Deschanel walaubagaimanapun memberikan kenyataan bahawa pasangan ini berpisah secara baik dan masih berkawan rapat.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga sejak September 2009 dan tidak dikurniakan cahaya mata. Dalam satu temubual bersama majalah People, adik kepada aktres "Bones", Emily Deschanel ini menegaskan bahawa tidak kisah sensasi atau kontroversi yang perlu disensasikan daripada perpisahan mereka.


Designed By Asal Pelik