Adele pakai cincin permata yang besar



ADELE memakai sebentuk cincin permata yang besar pada jari kirinya pada Anugerah Muzik Britain pada Selasa lalu.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi lagu Someone Like You, Adele yang telah memenangi dua Anugerah Muzik Britain dilihat memakai sebentuk cincin permata besar pada jari manisnya, lapor akhbar MailOnline semalam.

Adele, 23, pernah memakai sebentuk cincin pada jari berkenaan tetapi menukarkannya dengan cincin bertatahkan batu pertama besar berwarna kuning itu pada anugerah muzik itu,

Dia hanya membuat kemunculan umum pertama bersama teman lelakinya, Simon Konecki pada majlis Anugerah Grammy dua minggu lepas walaupun mereka sudah berkenalan sejak musim panas tahun lalu.
Sementara itu, album Whitney Houston, The Bodyguard gagal untuk mengatasi album Adele, 21 daripada carta album Billboard 200 sebagai album wanita paling lama berada pada kedudukan pertama.

Album 21 menduduki tempat pertama buat kali ke-21 mengatasi rekod yang dibuat Houston dengan album Bodyguard pada tahun 1992.




Designed By Asal Pelik