Angry Birds Space Bakal Dilancarkan Kepada Semua 22 Mac Kelak



Selepas memperkenalkan Angry Birds pada platform Facebook baru-baru ini, nampaknya, pembangunnya, Rovio masih tidak berhenti, dan terus membawakan pelbagai pembaharuan dalam memastikan pengguna terus menggunakan dan memainkan permainan mereka. Terkini, mereka dalam perancangan untuk melancarkan Angry Birds : Space pada 22 Mac kelak.



Melalui Angry Birds Space, ia akan membawakan beberapa penambahan, termasuk sokongan graviti sifar, dan beberapa bentuk permainan baru. Watak-watak burung yang baru juga akan didatangkan bersama-sama dengannya. Rovio masih tidak mengeluarkan fungsi penuh permainan tersebut, dan menyatakan mereka akan mengumumkannya dalam minggu-minggu akan datang.

Seperti versi Angry Birds yang lain, permainan Angry Birds Space juga dijangka akan diperkenalkan pada pelbagai platform pada tarikh yang sama.


Designed By Asal Pelik