Artis Negara Kecewa Konsert Erykah Badu Dibatalkan


Artis Negara Kecewa Konsert Erykah Badu Dibatalkan


Ternyata, pembatalan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang sepatutnya berlangsung hari ini benar-benar meninggalkan impak dan memberikan pelbagai spekulasi serta menerima banyak pandangan daripada orang ramai.

Selepas sebuah akhbar mengeluarkan gambar Erykah yang bertattookan kalimah Allah, isu mengenai perlangsungan konsert wanita itu semakin rancak diperdebatkan di mana dia dilihat telah melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim turut mengeluarkan pendapatnya dan menggesa kerajaan supaya membatalkan konsert penyanyi wanita itu.
Tidak terkecuali juga ramai di kalangan artis negara kita yang boleh dikatakan agak kecewa dengan isu pembatalan konsert Erykah.

Ramai artis yang kecewa mengenai isu tersebut banyak meluahkan pendapat dan pandangan mereka melalui laman sosial Twitter masing-masing.
Sebagai contoh, Daphne Iking kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang mudah mengambil tindakan tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu memandangkan dia pernah menemu ramah bintang AS itu secara peribadi sebelum konsert itu dijadualkan berlangsung.
Daphne berkata, dia tidak melihat sebarang tattoo kekal berada di badan Erykah sewaktu dia menemu ramah wanita itu.

Malah, Erykah hanya menggunakan tatto itu sewaktu dia menjalani penggambaran filem suatu ketika dahulu.

“I can safely say this. When I interviewed her yesterday, she wore an off shoulder smock. I did not see a tatto. I DO recall someone asking.
“Asking Erykah abt her tatto. She said it was for a movie. FYI folks, I did bodypainting for a shoot b4 too,” tulis Daphne dalam Twitternya yang diambil dari laman blog Beautifulnara.com.

 

Dapat dilihat juga kemarahan yang dipamerkan oleh seorang lagi artis, Adibah Noor apabila dia melihat isu pembatalan konsert itu sebagai helah apabila ramai pihak tertipu dengan gambar Erykah yang dikeluarkan oleh akhbar tersebut.

“Are u THAT gullible? Destruction of iman and akidah blamed on a mere tattoo, or western films for dat matter? Really? U so gullible meh?” kata Adibah Noor.


Rata-rata artis yang kecewa dengan hal itu meluahkan rasa kesal apabila perkara itu tidak dilihat dan disiasat dengan mendalam hingga menyalahkan pihak Erykah sedangkan penyanyi wanita itu tidak bersalah serta tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya sebelum konsert berlangsung.
Seperti kata Daphne lagi, dia berharap agar ramai pihak berhenti memberikan spekulasi dan mencipta cerita sendiri sekiranya tidak mengetahui kebenaran disebaliknya.

Bagi Erykah pula, dia dilihat mengambil tindakan profesional apabila turut memberikan maklum balas yang positif di Twitternya yang seakan-akan pasrah apabila perjalanan konsertnya yang pertama di Malaysia dibatalkan.


 
 
“I deserve it.” Erykah Badu.


Designed By Asal Pelik