Bekas Banduan Khayal Pil Kuda Rogol Adik



BESUT – Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah jenis metamphetamin bertindak merogol adiknya sendiri dengan mengugutnya menggunakan sebilah pedang dalam kejadian malam tadi.
Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Zakaria berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10.30 malam di Kampung Gong Manok, Kuala Besut di sini.

Menurut beliau, kejadian berlaku ketika lelaki berumur 30 tahun yang baru dibebaskan dari penjara 8 Februari lalu ke rumah adiknya berumur 24 tahun dan memaksanya untuk bersama mencari bapa saudara mereka yang tinggal tidak jauh dari situ.

Katanya, pada mulanya suri rumah yang mempunyai seorang anak itu enggan mengikut namun terpaksa akur setelah abangnya mengugut dengan meletakkan sebilah pedang di leher kirinya.
“Apabila sampai di tempat yang dituju, suspek dapati bapa saudara yang dicarinya tiada. Suspek kemudiannya memaksa adiknya ke bahagian semak di belakang rumah bapa saudaranya dan merogol adiknya di situ,” katanya di sini hari ini.

Kamaruddin berkata, mangsa yang cuba melawan ditumbuk beberapa kali di bahagian perut oleh suspek.
Katanya mangsa turut tercedera di bahagian leher akibat terkena pedang yang dipegang abangnya.
Mangsa yang berjaya melarikan diri tidak lama kemudian meminta pertolongan jiran untuk membuat laporan polis.

Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian. Ujian awal air kencing mendapati suspek positif pil kuda.

Suspek yang dipenjara sebelum ini kerana kes berkaitan dadah juga mengakui telah mengambil pil kuda sebelum kejadian.


Designed By Asal Pelik