Canonical Menghentikan Sokongan Untuk Kubuntu Bermula 12.10



Hari ini, pihak pembangun sistem operasi terkemuka, Ubuntu, iaitu pihak Canonical telah pun mengumumkan secara rasminya yang mana mereka tidak lagi akan menyokong sistem operasi Kubuntu bermula daripada Kubuntu 12.10. Sebaliknya, mereka hanya akan menyokong mereka melalui infrastruktur, sama seperti Xubuntu, Lubuntu atau Edubuntu.

Ia diperkatakan, keputusan ini adalah keputusan rasional, memandangkan Kubuntu yang dilihat kurang berjaya dari segi perniagaan setelah lebih 7 tahun mencuba, berbeza dengan Ubuntu. Ini sekaligus menjadikan, selepas Kubuntu 12.04 tiada lagi sokongan berbayar akan disediakan,.

Walaubagaimanapun, ianya bukanlah bermakna Kubuntu akan mati begitu sahaja, sebaliknya, memandangkan ianya merupakan projek sumber terbuka, maka sesiapa sahaja boleh menyertai pembangunannya, dan menyambung pembangunannya, sekaligus memastika Kubuntu kekal aktif dan hidup seperti sedia ada.


Designed By Asal Pelik