Dibunuh Kerana Keluarkan Nama Daripada FB


Dibunuh Hanya Kerana Keluarkan Nama Daripada FB

NASHVILLE – Tindakan sepasang kekasih yang mengeluarkan nama seorang wanita daripada senarai rakan mereka dalam laman web Facebook menerima padah apabila mereka mati dibunuh oleh bapa dan sepupu wanita tersebut dalam satu kes yang disifatkan sebagai kejam dan tidak berhati perut.

Berikutan itu, bapa Jenelle Potter iaitu Marvin Enoch “Buddy” Potter Jr., 60, dan sepupunya Jamie Lynn Curd, 38, telah didakwa di Mahkmah di Tennessee atas dua dakwaan membunuh selepas ditahan Selasa lalu.
Perbicaraan awal melibatkan kedua-dua mereka akan didengar bulan depan.
Dalam pada itu, tiada tuduhan dikenakan ke atas Jenelle Potter.

Dalam kejadian itu, Billy Clay Payne, Jr. dan  Billie Jean Hayworth mati dibunuh dengan kesan tembakan di kepala.

Selain ditembak, Payne turut dikelar di leher manakala bayi mereka yang berusia lapan bulan tidak dicederakan dan ketika polis menemuinya, bayi berkenaan masih berada dalam dakapan ibunya.
Ini bukan kes keganasan pertama melibatkan Facebook, malah pada tahun lalu, seorang wanita di Iowa ditahan kerana membakar garaj rakannya selepas namanya dikeluarkan daripada senarai rakannya dalam laman web sosial itu.

Sementara di Texas pula, seorang lelaki didakwa memukul isterinya selepas wanita itu gagal meletakkan status “like” terhadap tulisannya dalam Facebook mengenai ulang tahun kematian ibunya.




Designed By Asal Pelik