Girls Generation jumpa peminat di New York


ANGGOTA-ANGGOTA kumpulan Girls Generation yang terdiri daripada Seohyeon (kiri), Sunny, Taeyeon, Yoori, Tiffany, Hohyeon, Sooyoung dan Yoona (kanan) bergambar di kedai Best Buy di New York kelmarin.


NEW YORK - Anggota-anggota kumpulan Girls Generation dari Korea Selatan menjadi tumpuan para peminat di kedai Best Buy di sini kelmarin.
Para peminat termasuk dari Taiwan datang untuk mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan kumpulan itu yang terkenal dengan irama pop Korea itu.
Kumpulan itu mengadakan sesi bertemu peminat semasa mereka melawat bandar raya ini.
Anggota-anggota kumpulan itu terdiri daripada Seohyeon, Sunny, Taeyeon, Yoori, Tiffany, Hohyeon, Sooyoung dan Yoona. 


Designed By Asal Pelik