Greyson Chance di KL Live April depan


Greyson Chance
Penyanyi cilik mencipta nama menerusi laman Youtube, Greyson Chance kembali menggegarkan Malaysia pada 17 April 2012 bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Jika sebelum ini, anak muda berusia 15 tahun ini hanya menjadi artis jemputan untuk persembahan bersama Najwa Latiff di Anugerah Industri Muzik yang lalu, namun pada kali ini dia kembali ke Malaysia bagi menyempurnakan siri konsert jelajahnya ke benua Asia termasuk di Singapura, Indonesia dan Filipina.

Konsert bermula jam 8.30 malam itu, menyaksikan Greyson menyanyikan lagu single pertamanya, Waiting Outside The Line yang semakin mendapat tempat di hati peminat terutama di Malaysia.

Greyson mempunyai suara lunak di samping pandai bermain piano, ternyata berjaya mencetuskan fenomena sendiri apabila video rakaman lagu Paparazzi nyanyiannya menerima lebih 45 juta penonton di Youtube.

Tiket konsert RM188, RM138 dan RM88 sudah mula dijual di semua kaunter berikut; Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Mid Valley Megamall dan The Curve, Victoria Music Centre, cawangan The Guitar Store dan KL Live.
Maklumat lanjut mengenai konsert ini boleh didapati menerusi laman www.jsconcert.com atau www.greyson-official.com.



Designed By Asal Pelik