Heroin Filem Tempatan Bergambar Bogel?

Heroin Filem Tempatan Bergambar Bogel?


KUALA LUMPUR – Blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, menimbulkan keresahan golongan artis wanita tempatan apabila mendakwa memiliki beberapa keping gambar bogel salah seorang dari mereka yang dikirimkan oleh peminat menerusi emel kepada pemilik blog tersebut.

Menurut Rotikaya.com, gambar-gambar pegun itu dirakamkan dari sebuah rakaman video yang mempunyai unsur kelucahan melampau.
Bagaimanapun, peminat yang mengirim emel panas tersebut tidak menyertakan video tersebut untuk tatapan pemilik blog itu.

“Bersempena dengan Hari Kekasih semalam, kami menerima e-mail yang mengandungi beberapa keping gambar pegun dari sebuah video berunsur lucah.
“Namun, si pengirim tidak pula menyertakan video sebenar untuk keseronokan kami. Dan, sumber memberitahu yang video lucah ini sedang tersebar dengan meluas,” kata Rotikaya.com hari ini.

Menurut penulis laman blog yang telah melihat gambar-gambar itu, ia memaparkan seorang artis wanita yang ‘beraksi menggoda tanpa walau seurat benang membaluti tubuh beliau’.
Artis itu juga dikatakan pernah membintangi sebuah filem pada tahun 2011 dan memegang watak utama di dalam filem yang tidak dinyatakan tajuknya itu, namun dibayangkan bahawa ia kurang mendapat sambutan ramai.

Sumber blog itu juga memberitahu bahawa heroin filem itu pada asalnya merakamkan video peribadi itu khas untuk teman lelakinya dan kini mereka sudah berpisah tanpa sebarang hubungan.
Malangnya, video tersebut telah ‘bocor’ dan jatuh ke tangan pihak lain yang kemudiannya disebar secara meluas di khalayak umum.

Kengganan Rotikaya.com untuk mendedahkan nama artis wanita itu sangat dihormati ekoran ia mampu menjejaskan maruahnya.

Bagimanapun, ia juga dijangka mampu menimbulkan kerisauan yang amat sangat di kalangan aktres tempatan sekiranya ‘rahsia peribadi’ mereka itu terbongkar.


Designed By Asal Pelik