Dunia perkongsian fail terus mendapat perhatian ramai, apabila terkini, laman perkongsian HotFile turut sama membuat beberapa perubahan polisi pada laman perkongsian mereka, dengan tidak lagi menawarkan sebarang bayaran berdasarkan muat-turun fail seperti sebelum ini, dan hanya memfokuskan kepada pembayaran komisyen berdasarkan jualan akaun berbayar sahaja.
Dan untuk melindungi setiap laman perkongsian, sebelum ini FileSonic, FileServe dan beberapa lagi menutup sokongan perkongsian fail pada perkhidmatan mereka.
Pada masa yang sama HotFile turut sama mengatakan mereka telah mengemaskini teknologi untuk perkhidmatan mereka, membolehkan sistem daripada mengenal pasti fail-fail berhak-cipta dengan lebih efisyen lagi, dan mengelak daripada ianya dimuat-naik pada laman mereka.