Kosmo - MEMALUKAN NEGARA



SALAH seorang daripada kuartet 4x400 negara yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia ini disahkan positif ujian doping. Seorang lagi yang disahkan positif adalah atlet angkat berat.AHMAD SHABERY(gambar kecil)



IMEJ sukan negara ‘tercalar’ selepas dua atlet didapati positif menggunakan bahan terlarang pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia tahun lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek antara individu yang berasa kecewa dengan tindakan atlet yang disahkan positif ujian doping itu.

Ahmad Shabery berkata, perbuatan mengambil bahan larangan itu telah memberikan kesan buruk kepada imej sukan negara.

“Saya amat dukacita terutamanya setelah memberi penghargaan pada majlis Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) lalu.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang mengalungkan pingat kepada mereka tetapi perbuatan ini nyata memalukan negara.

Dua atlet negara yang meraih pingat pada temasya Sukan SEA 2011 menerusi acara 4x400m dan angkat berat didapati positif ujian doping.


Designed By Asal Pelik