Masjid Al-Aqsa sasaran baru pelampau Yahudi


Masjid Al-Aqsa sasaran baru pelampau Yahudi
BAITULMAQDIS - Pelampau Yahudi terus bertindak biadab selepas media Israel melaporkan mereka berniat untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis dan membina kuil di atas runtuhannya yang dilihat sebagai satu tindakan provokasi untuk menyinggung perasaan orang Islam.

Kelmarin, pihak berkuasa Israel terpaksa meningkatkan kawalan di sekitar kawasan Masjid Al-Aqsa itu kerana khuatir akan berlaku pertempuran antara kumpulan Yahudi dan orang Islam.

Jurucakap polis, Luba Samri berkata, mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga selepas beberapa kumpulan menerusi mesej dalam talian menggesa orang Islam untuk melindungi Masjid Al-Aqsa daripada dimusnahkan pelampau Yahudi yang kononnya mahu melawat tapak suci tersebut.

Pada Ahad lalu. sekumpulan penduduk Palestin yang nekad mahu melindungi kawasan di dalam Masjid Al-Aqsa daripada dicerobohi pelampau Yahudi telah bertempur dengan polis Israel selepas mereka mendakwa pihak berkuasa seakan menyokong tindakan kumpulan berhaluan kanan itu.

Dalam kenyataan, jurucakap Hamas menyatakan Israel kini telah melancarkan perang di tapak suci yang turut menjadi rebutan Yahudi dengan menerima sokongan kuat Amerika Syarikat.




Designed By Asal Pelik