Mayat Bayi Dijumpai Di Bilik Air Kolej Swasta

Mayat Bayi Dijumpai Di Bilik Air Kolej Swasta


KOTA BHARU – Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Kampung Kandis, Telong, Bachok hari ini.

Bayi yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan itu, dijumpai oleh dua orang pembersih tandas sebelum melaporkan kepada penyelia kolej berkenaan kira-kira jam 10.40 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata polis menerima aduan mengenai penemuan mayat bayi itu daripada seorang pegawai dari kolej terbabit.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Baharu, untuk dibedah siasat dan setakat ini polis belum mengetahui motif pembuangan bayi itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Jalaluddin berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat bagaimanapun polis sudah mengenal pasti suspek yang membuang bayi terbabit.


dKini : Kami dapat tahu Kolej itu adalah Kolej Islam Sains & Teknologi


Designed By Asal Pelik