Minum Teh Di Dalam Akuarium Gergasi Dipenuhi Jerung Pembunuh

Pernahkan kita terfikir untuk minum teh sambil ditemani dengan binatang liar seperti Singa, Ular, Jerung atau Beruang? Sekumpulan penyelam skuba telah membuat keajaiban dan dengan beraninya telah duduk di sebuah meja bulat di dasar sebuah akuarium besar yang dipenuhi dengan ikan jerung sambil menikmati hidangan teh.



Agaknya jerung nak minum teh apa?
Pelik tapi ianya benar-benar terjadi semasa pelancaran paparan baru di Sea Life London Aquarium yang mana bertujuan untuk menangkis mitos kekejaman ikan jerung yang selama ini digambarkan di dalam filem. Sea Life yang telah mula beroperasi sejak 1979 dan sehingga kini mempunyai 35 lokasi seluruh dunia termasuk di London iaitu Sea Life London Aquarium



Antara filem yang telah memberi reputasi buruk terhadap Jerung yang dianggap seolah-olah Raksasa di laut

Filem seperti “Deep See Blue” dan “Shark Attack 3 : Megalodon” telah menanam fakta di dalam pemikiran penonton bahawa jerung adalah pembunuh utama di laut, yang sangat dahagakan darah manusia. Bahkan bagi kebanyakkan penonton , masih tidak sedar sehingga sekarang bahawa ikan Jerung bukanlah seganas seperti yang disangka.



Apa kata lepas ini, minum teh dengan ikan Pirahna. Ada berani tak?

Menurut Jamie Oliver, usaha ini dibuat adalah untuk mencabar ketakutan yang telah disematkan di dalam pemikiran penonton. Dan pada mereka, cara yang baik adalah dengan membuat aktiviti bersama jerung-jerung tersebut. Antara spesis jerung yang menjadi tetamu mereka ialah Black Tip Reef Sharks, Nurse Sharks, Brown Sharks, Sand Tiger Sharks, Zebra Shark dan Bowmouth Guitar Shark.

Pelawat-pelawat dapat melihat lebih kurang 15 ekor jerung pelbagai spesies melalui laluan pejalan kaki berkaca di tengah-tengah akuarium sepanjang 5 meter yang mana jerung-jerung akan berenang hanya beberapa inci daripada mereka.


Designed By Asal Pelik