Pakistan cipta PacPad


Pakistan cipta PacPad
KAMRA - Di tengah-tengah kawalan keselamatan terhadap pembinaan jet pejuang dan senjata, pasukan tentera Pakistan kini beralih arah dengan membina komputer tablet tempatan digelar PacPad.

Usaha bersama kumpulan kejuruteraan Pakistan dengan pembekal dari China, membuka ruang kepada negara itu untuk menghasilkan komputer tablet sendiri.

Idea mencipta PacPad 1 tersebut dicetuskan oleh sekumpulan jurutera pesawat pangkalan tentera udara Kamra di utara Pakistan.

“Reka bentuk PacPad seakan menyerupai komputer tablet iPad keluaran syarikat Apple,” kata penjual produk itu, Mohammad Imran.




Designed By Asal Pelik