Pemain Chelsea Tak Kisah Jika AVB Dipecat

Pemain Chelsea Tak Kisah Jika AVB Dipecat


Para pemain Chelsea dikatakan langsung tidak peduli andai pengurus mereka, Andre Villas-Boas dipecat oleh kelab itu.

Selepas penyokong Chelsea mengejek Villas-Boas berikutan kekalahan 0-2 kepada Everton, Sabtu lalu, kini para pemainnya sendiri tidak dapat membuat pendirian sama ada mahu pengendali berusia 34 tahun dari Portugal itu terus kekal atau tidak.

“Para pemain seolah terikat dengan Villas-Boas sehingga tahun baru tempoh hari kerana mereka berasakan dia mampu mengubah apa yang berlaku.

“Namun segala rancangannya tampak tidak berhasil, suasana di bilik persalinan juga tegang dan makin ramai pemain mula mempersoal kredibilitinya sebagai individu sesuai memegang jawatan pengurus Chelsea.
“Ia sudah sampai tahap di mana kebanyakan pemain sudah tidak peduli sama ada dia ada atau tidak. Tiada siapa jangka ini berlaku tetapi keputusan dicapai semakin teruk,” kata sumber kelab.

Hanya David Luiz, Ramires dan Jose Bosingwa dikatakan masih memberi sokongan penuh kepada Villas-Boas bagi mengembalikan cabaran Chelsea merebut slot ke Liga Juara-Juara musim depan.


Designed By Asal Pelik