Ia jumlah kematian paling tinggi dalam satu-satu hari sejak demonstrasi bermula awal minggu ini ekoran laporan askar Amerika Syarikat (AS) dan Nato membakar beberapa naskhah al-Quran, Isnin lalu.
Penunjuk perasaan menyasarkan pangkalan-pangkalan tentera AS dan kedutaan-kedutaan asing.
Lebih 20 orang termasuk dua askar AS telah terbunuh setakat ini.
Kelmarin, Presiden Barack Obama memohon maaf atas insiden itu.