Rekabentuk Konsep Baru Untuk Firefox

Akhirnya, pihak pembangun Mozilla telah pun mengeluarkan perancangan mereka sepanjang tahun ini, sekaligus memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh pelayar web yang digunakan ramai itu, termasuk rekabentuk baru. Sebelum ini, ia telah diperlihatkan rekabentuk baru yang bakal dibawakan oleh Firefox, namun ia masih belum di peringkat akhir, dan kini kemaskini kepada rekabentuk tersebut diperlihatkan oleh pembangunnya.

 Fokus utama diberikan adalah perhatian kepada bahagian tab mereka, dimana melalui kemaskini yang bakal dibawakan, ianya akan membawakan bahagian tab yang lebih kemas lagi. Disamping itu, ia juga dilihat bahagian bookmark disusun mengikut kepada ikon Favicon, dan tidak lagi menggunakan perkataan seperti sebelumnya.

Rekabentuk antaramuka juga dijadikan serasi antara semua platform, mengurangkan perbezaan antara satu sama lain. Buat masa ini, bilakah ianya akan diperkenalkan secara rasminya masih tidak diketahui. Namun, ia disasarkan rekabentuk baru ini hanya akan difokuskan sepenuhnya bermula daripada Firefox 13 kelak. Selain daripada rekabentuk ini, rekabentuk khas berasaskan antaramuka Metro juga bakal diperkenalkan oleh Mozilla.

Jadi, apakah komen dan pandangan anda berkenaan dengan rekabentuk baru ini berbanding yang lama?


Designed By Asal Pelik